Ahad, 24 Julai 2016

Api, mancis api, gobek api

Api, MANCIS DAN GOBEK API

Pada tahun 1965 saya bersekolah di Sekolah Pusat Bukit Besar (Nama ini berubah pada tahun 1966 bila dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar). Di dalam kelas darjah 4 banguna setingkat hasil daripada perancangan Colombo saya diajar oleh guru tentang sejarah manusia.  Tajuknya adalah penemuan api.  Guru bercerita dan kami mendengar kerana pada masa itu belum ada buku teks bahasa Melayu tentang sejarah berkaitan.  Buku sejarah yang ada adalah buku Hang Tuah dan beberapa buah buku cerita lama.
Guru (saya tak ingat namanya) tersebut membawa sejenis alat yang dipanggil 'Gobek Api'.  Alat gobek api itu didapati oleh guru dari rumah tok atau grandma.  Walaupun dia menunjukkan cara bagaimana api dihasilkan tidak pula dibuat tunjukcara atau demonstrasi.  Kami sebagai murid berumur 10 tahun terkebil-kebil macam tidak percaya apa yang guru kami katakan dan rasa tidak mungkin api terhasil cara sedemikian.  Alat gobek api tradisional itu bersaiz kecil, saiznya kecil seperti saiz bateri C.




Di dalam gambar di atas adalah contoh gobek api.
Bagaimanakah gobek api itu boleh menghasilkan api?  Untuk itu disertakan video yang di salin daripada youtube demonstrasi menyalakan api dengan menggunakan gobek api oleh penduduk asli di daerah Bera Pahang.




Dalam bahasa Inggeris, gobek api ini dipanggil sebagai 'fire piston' atau 'fire syringe'.  Ia merupakakan alat tradisional yang berfungsi menghasilkan bara api. Prinsip pemanasan gas (dalam kes ini gas adalah udara yang mengandungi oksigen).  Pemanasan pantas dan tekanan adiabatik yang tinggi akan menyalakan bahan bakar seperti kapas kering.
Dalam Sains, nyalaan api atau pembakaran hanya boleh berlaku atau terjadi dalam keadaaan beriku:-

      1.  Suhu nyalaan (mesti suhu tinggi)
      2.  Adanya oksigen yang membantu pembakaran (atau udara)
      3.  Adanya bahan bakar (dalam kes ini kapas)

Apabila omboh atau piston ditekan cepat kedalam gobek api ia akan menghasilkan tekanan udara tinggi dan suhu di dalam ruang yang ada meningkat tinggi hingga menghasilkan baraan api pada kapas.  Selepas ditekan masuk dengan cepat dan kuat, omboh itu perlu dikeluarkan dengan segera untuk mendapatkan udara luar agar baraan api tidak padam.  Jika lambat dikeluarkan api nyalaan bara itu akan segera padam kerana udara oksigen yang sedikit telah habis digunakan.